fbpx

Ribut petir landa lapan negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang bakal melanda di lapan negeri sehingga pukul 3 petang ini.

Menerusi kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk itu diramal di seluruh negeri Perlis, Mekala dan Kuala Lumpur, manakala di Kedah meliputi daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Yan.

Di Pahang pula membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan serta Rompin.

“Cuaca buruk turut dijangka melanda Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang), manakala di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin).

“Di Johor melibatkan Tangkak, Muar, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan juga Johor Bahru. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut MetMalaysia

Orang ramai diingati untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di luar rumah semasa ribut petir melanda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI