fbpx

Remaja 15 tahun jatuh muara ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika menjalankan SAR di lokasi muara di Jalan Batu Kawan, semalam.

SEBERANG PERAI – Remaja lelaki berusia 15 tahun yang dipercayai terjatuh ke muara ketika memukat ikan di Jalan Batu Kawan menghala ke Jeti Batu Musang di sini semalam ditemui lemas, pagi tadi.

Mayat mangsa ditemukan selepas lebih 15 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan bermula pukul 2 petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, mayat remaja warga tempatan itu ditemui dalam keadaan terapung pada jarak 10 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

“Mangsa dijumpai oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) ketika menjalankan pencarian secara ‘Surface Searching’ pada pukul 5.45 pagi tadi.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Rakan mangsa turut berada di lokasi pencarian di muara Jalan Batu Kawan.

Mengulas lanjut katanya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 2 petang semalam.

“Kita difahamkan, remaja terbabit dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja-kerja memukat bersama beberapa rakannya di kawasan muara berkenaan.

“Operasi SAR tersebut membabitkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kawan dengan bantuan BBP Butterworth,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI