fbpx

Nenek rugi RM311,998 terjerat pelaburan saham tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pesara wanita kerugian sebanyak RM311,998.50 selepas terjerat dalam skim pelaburan saham tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 11 November lalu selepas mangsa berusia 66 tahun melihat iklan pelaburan saham tawaran awam permulaan (IPO) di TikTok.

“Mangsa kemudian dihubungkan ke aplikasi WhatsApp dan dimasukkan ke dalam satu kumpulan. warga emas itu kemudian memuat turun aplikasi pelaburan melalui pautan yang diberikan oleh suspek.

“Mangsa melakukan sebanyak 16 transaksi pemindahan wang ke dalam enam akaun bank bermula 5 Januari hingga 15 April lalu yang berjumlah RM311,998.50,” katanya hari ini.

Menurut Yahaya, apabila aplikasi itu tidak dapat diakses, suspek meminta mangsa membuat bayaran tambahan sebanyak RM50,741 dengan alasan untuk melepaskan kawalan risiko bank.

Mangsa yang curiga berasa dirinya ditipu sebelum membuat laporan polis. Wang yang digunakan bagi tujuan pelaburan itu adalah duit simpanan mangsa.

Yahaya menasihatkan orang ramai agar menyemak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat.

“Masyarakat juga diingatkan supaya menyemak nombor akaun bank yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI