fbpx

‘Menangis lagi waktu maghrib, kan mak dah panggil ustaz suruh ruqyah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIMBANG anak terkena gangguan, Intan segera memanggil ustaz untuk berubat.

PETALING JAYA – Gara-gara anak tidak berhenti menangis pada waktu maghrib, pelakon Datin Intan Najuwa memanggil bantuan pengamal ubatan Islam bagi mengubati puterinya, Imane Lunara.

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, bersyukur apabila anaknya kini dalam keadaan baik tanpa ada sebarang gangguan.

Siapa suruh menangis lagi masa maghrib. Kan mak kau dah panggil ustaz suruh ruqyah, buat hal lah Luna (nama panggilan anak).

“Alhamdulillah ustaz cakap tiada apa-apa pun, biasalah budak-budak nak membesar. Mak kau pun la Lunara,” katanya dalam InstaStory.

Dalam masa sama, pelakon drama Racun Rihanna itu memaklumkan ustaz yang merawat Lunara pernah dipanggil melakukan upacara sunnah sebaik sahaja anaknya itu lahir.

“Ustaz yang saya panggil ini ustaz yang tahnikkan Luna dulu. Amboi, suka eh Luna sampai lompat-lompat,” jelasnya.

TANGKAP layar InstaStory Intan.

Dalam hantaran tersebut kelihatan seorang ustaz mengalunkan ayat suci al-Quran.

Intan turut berkongsi DM (mesej langsung) daripada seorang netizen yang terhibur melihat gelagat wanita itu.

Lepas ini suami dia upah ustaz pula duduk sekali. Luna pun keliru apa jadi ini.

“Siapa yang patut kena ruqyah, saya ke mummy?,” ujar pengikut.

Sebelum ini, Intan pernah paranoid dan bimbangkan kesihatan anak dan bergegas ke hospital tiga kali dalam seminggu mendapatkan rawatan buat Lunara.

Dia juga pernah diberi amaran oleh doktor untuk lebih bertunang kerana kekerapan ke hospital atas sebab kecil.

Intan dan suaminya iaitu usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman berkahwin pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara pada Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI