fbpx

Man. United ‘menggila’, Maguire jadi penyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE (kiri) muncul wira apabila meledak gol kemenangan United di penghujung masa tambahan awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim percaya pasukannya telah mengulangi magis skuad 1999 selepas mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk mara ke separuh akhir Liga Europa musim ini.

The Red Devils berjaya melakar kemenangan dramatik 5-4 ke atas Lyon meskipun ketinggalan 2-4 ketika saingan berbaki enam minit lagi pada aksi suku akhir kedua di Old Trafford awal pagi semalam.

Namun, pemain-pemain United seperti dirasuk apabila berjaya meledak tiga gol dalam tempoh enam minit terakhir hasil jaringan Bruno Fernandes, Kobbie Mainoo dan Harry Maguire sekali gus mara ke kelompok empat terbaik dengan kemenangan agregat 7-6.

Kata Amorim, pujian wajar diberikan kepada semua pemain yang memberikan aksi 100 peratus di atas padang terutama ketika saingan terpaksa ditentukan pada masa tambahan.

“Saya ada menonton dokumentari mengenai pasukan United musim 1999 ketika meraih gelaran trebel untuk mencari inspirasi. Justeru, saya percaya tiada yang mustahil di Old Trafford apabila kami berjaya bangkit daripada ketinggalan 2-4.

“Selepas Fernandes merapatkan jurang menjadi 3-4, saya percaya kami mampu meraih sesuatu pada perlawanan ini dan harap tuah yang sama dapat bersama pasukan sehingga penghujung musim nanti,” katanya.

Sementara itu, Amorim percaya perubahan taktikal dengan memasukkan Mainoo selain meletakkan Maguire di posisi penyerang utama membuahkan hasil.

“Kami memang sengaja meletakkan Maguire sebagai penyerang kerana hanya dia yang boleh memberi ancaman menerusi tandukan di kotak penalti lawan.

“Mainoo pula masih bergelut dengan kecergasan tetapi dia masih memberi impak positif buat pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI