fbpx

Liga Super: Selangor FC mudah lolos ‘roadblock’ The Cops

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Selangor, Yohandry Orozco (tengah), meraikan jaringannya pada perlawanan Liga Super Selangor menentang PDRM, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO! ONLINE

PETALING JAYA – Seperti dijangka, Selangor FC (SFC) menutup tirai kempen Liga Super musim ini dengan bergaya selepas menewaskan skuad Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) 2-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Gergasi Merah dikejutkan dengan asakan penyerang sensasi The Cops, Ifedayo Olusegun pada penghujung babak pertama tetapi jaringan yang dilakukan dibatalkan kerana ofsaid.

Kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan corak permainan seimbang dengan keputusan 0-0 sehingga wisel rehat ditiupkan.

Bersambung pada babak kedua, tuan rumah tampil lebih bertenaga apabila pemain sayap, Alvin Fortes meledak gol menarik pada minit ke-48.

Gol tersebut menaikkan semangat skuad kendalian Katsuhito Kinoshi untuk terus mengasak tetapi jaringan tambahan hanya tiba sebelum wisel penamat ditiupkan hasil penyudah Yohandry Orozco.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat dengan Selangor FC meraih 52 mata selepas mengharungi 24 perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI