fbpx

IPNas ke-3 akan dilaksanakan bermula 28 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan melaksanakan kutipan data di lapangan bagi Kajian Indeks Perpaduan Nasional Ketiga (IPNas Ke-3) bermula 28 April ini di seluruh negara.

Ketua Setiausahanya, Datuk Ruji Ubi berkata, IPNas merupakan satu-satunya indeks pengukuran tahap perpaduan yang diguna pakai kerajaan bagi melihat kedudukan semasa perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat di negara ini.

Beliau berkata, proses kutipan data itu akan dijalankan secara bersemuka dengan menggunakan borang soal selidik dari rumah ke rumah.

“Ia berdasarkan kepada peta Blok Perhitungan (BP) dan Tempat Kediaman (TK) yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Justeru, KPN berharap agar rakyat Malaysia dapat memberikan sepenuh kerjasama kepada para penyelidik di lapangan bagi mendapatkan data berkaitan kajian ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ruji berkata, berdasarkan kepada dapatan kajian, skor IPNas pada tahun 2028 ialahsebanyak 0.576 manakala skor IPNas pada tahun 2022 ialah 0.629.

“KPN menyasarkan skor 0.7 pada tahun ini,” jelasnya.

Dalam kenyataan sama, Ruji memaklumkan Negeri Pulau Pinang telah dipilih sebagai lokasi perasmian Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) peringkat Kebangsaan.

Ujar beliau, majlis sambutan itu akan berlangsung pada 16 hingga 20 Julai depan.

“SMP merupakan program di bawah kerangka Kembara Perpaduan Malaysia Madani yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat perpaduan serta menyebarluas pengetahuan, kefahaman, dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat dan budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia seiring dengan aspirasi dan nilai Madani iaitu hormat,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI