fbpx

Hujan lebat di Kedah dan Pulau Pinang hingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan sekitar Kedah dan Pulau Pinang sehingga pukul 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, hujan lebat dijangka melanda daerah Langkawi, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda bagi negeri Kedah.

“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di seluruh kawasan Pulau Pinang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI