fbpx

Hannah gesa Olahraga Malaysia selesai segera kemelut dalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menggesa Olahraga Malaysia (OM) segera menyelesaikan isu dalaman melibatkan beberapa atlet pecut negara.

Tegas Hannah, pihaknya tidak mahu kemelut yang berlaku ketika ini berpanjangan sekali gus mengganggu fokus atlet memandangkan atlet berkenaan sepatutnya sudah berada dalam fasa latihan sebagai persiapan ke Sukan SEA Thailand pada Disember nanti.

“Majlis Sukan Negara (MSN) dah buat banyak perbincangan dengan Olahraga Malaysia termasuk Ketua Pengarah, Jefri Ngadirin. Kita dengar pelbagai versi isu ini dan kita beri satu lagi peluang kepada Olaharaga untuk selesaikan secara dalaman.

“Kita tak nak isu ini ambil masa terlalu lama. Selesaikan segera sebab kita tak mahu persiapan ke Sukan SEA nanti terjejas. Atlet sepatutnya dah dalam latihan penuh,” katanya pada sidang media di MSN, Bukit Jalil hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan atlet pecut negara bertindak memboikot dengan tidak hadir ke latihan sejak sebulan lalu di bawah Pengarah Teknikal, Robert Ballard.

Tindakan yang dilakukan sekumpulan atlet negara itu disebabkan tiada program latihan berkesan dijalankan sejak Ballard menyertai kem kebangsaan dua tahun lalu.

Bagaimanapun, hari ini, Presiden Olahraga Malaysia, Datuk Seri Shahidan Kassim turut berkata, pihaknya akan selesaikan isu itu secara baik dengan pendekatan menang-menang.

“Kita akan buat siasatan terperinci sebelum ambil apa-apa keputusan. Tapi yang pasti, kebajikan atlet tetap jadi keutamaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN