fbpx

5 jelitawan Indonesia setaraf ‘master cef’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA jelitawan Indonesia yang disifatkan tidak hanya goyang kaki di rumah sebaliknya handal di dapur menyiapkan masakan buat keluarga tercinta.

SEBUT sahaja selebriti pasti ramai membayangkan individu terbabit hanya sibuk di set penggambaran, pentas nyanyian mahupun mahir melakukan tugas di hadapan kamera.

Disebalik kesibukan karier, siapa sangka ramai artis Indonesia yang handal di dapur walaupun tampak sentiasa cantik dalam media sosial dan televisyen.

Hakikatnya mereka bukan hanya mahir diulit glamor, rata-rata ramai selebriti mampu menghasilkan hidangan yang sedap sehingga mendapat pujian orang
sekeliling.

Kali ini, HibGlam menyajikan deretan artis yang bukan hanya cantik dan bergaya, bahkan mempunyai kemahiran memasak yang diperakui ramai.

Bunga Citra Lestari

TIDAK sekadar pandai berlakon dan menyanyi, Bunga Citra Lestari atau BCL yang dilabel artis serba boleh juga mahir memasak.

Perkara tersebut dilihat daripada kehandalannya membuat kek ulang tahun anak tunggalnya, Noah Sinclair.

Rakan-rakannya juga mengakui keenakan hasil air tangan pelantun lagu Harta Berharga itu.

Setiap kali menyambut raya, wanita berusia 42 tahun itu juga menyiapkan juadah air tangannya dan tahun ini dia memasak sebanyak 12 kilogram (kg) rendang daging.

Inul Daratista

SELAIN gemar bersukan, penyanyi dangdut terkenal, Inul Daratista juga cekap di dapur dan sering berkongsi resipi kepada peminat.

Pemilik nama sebenar Ainur Rokhimah, 46, itu juga gemar berkongsi petua memastikan masakan menjadi lebih sedap. Sama seperti BCL, Inul juga pernah membuat kek sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Yusuf Ivander Damares. Tidak hairan, penyanyi itu diajukan tawaran mengendalikan rancangan Dapur Ngebor siaran sebuah stesen.

Mieke Amalia

SEWAKTU wabak Covid-19 menyerang dunia dan semua diarahkan berada di rumah, pelakon Mieke Amalia terinspirasi untuk belajar membuat kek dan roti.

Bukan hanya melihat resipi dalam YouTube, Mieka juga menyertai kursus kelas membuat kek dan pastri secara atas talian.

Selain belajar membuat kek dan pastri, pelakon berusia 47 tahun itu juga mempelajari eknik mendekorasi kek.

Kesemua kek penghasilannya tampak cantik dan elegen seperti hidangan di kafe mahal.

Selepas mencuba beberapa resipi pastri, bintang Dilan 1983 itu kemudian mengambil pesanan daripada rakan terdekat.

Nagita Slavina

PELAKON Nagita Slavina menjadikan memasak sebagai hobi sejak zaman anak dara.

Disebabkan kegemarannya itu, Nagita atau Nagita Slavina Mariana Tengker mengambil kursus memasak patisserie selama tiga bulan di sebuah sekolah kuliner terkenal dunia, Le Cordon Bleu di London.

Isteri kepada pelakon Raffi Ahmad itu juga pernah memaklumkan lebih suka memasak sendiri di rumah daripada membeli makanan di luar demi menjaga kualiti serta mengurangi risiko kesihatan terhadap keluarga.

Minatnya dibuktikan apabila sanggup masak 100 ekor ayam yang diberikan rakan suaminya.

Lebih mengejutkan, Nagita menyiapkan hidangan ayam kicap goreng mentega itu semasa hamil.

Ussy Sulistiawaty

HEBAT di hadapan kamera, pelakon Ussy Sulistiawaty juga mahir bersilat di dapur.

Selebriti serba boleh berusia 43 tahun itu juga sering memuat naik kandungan memasak menu Nusantara yang mudah dalam YouTube.

Disebabkan terlalu minat memasak, Ussy juga mempunyai tiga perniagaan makanan iaitu Bakul Ussy, Lurik Coffee Kitchen dan warung mi ayam Yummieeh.

Pelantun lagu Kupilih Hatimu itu pernah berkongsi bahawa dia tidak pandai memasak pada awal pernikahan tetapi sering meminta tunjuk ajar daripada orang tuanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI