fbpx

1,000 kakitangan selesai jalani pusingan kerja fasa pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Dahlan (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan rakan strategik pada Majlis Perasmian Penutupan Program Tautan Perdana JPA - Intan di SK Telaga Ara, Gunong dekat Bachok hari ini. - Foto oleh ROSMIZAN RESDI / KOSMO!

BACHOK – Kira-kira 1,000 kakitangan awam yang bertugas di kaunter perkhidmatan kerajaan selesai menjalani proses pusingan kerja bagi fasa pertama.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, pelaksanaan pusingan kerja itu melibatkan pelbagai jabatan yang akan melalui beberapa fasa mengikut keperluan.

Katanya, pusingan kerja merupakan salah satu perkara yang termaktub dalam reformasi perkhidmatan awam.

“Hampir 50 peratus (kakitangan) sudah melalui pusingan kerja. Sekiranya keadaan memerlukan, fasa kedua akan dilaksanakan.

“Pusingan kerja penting kerana kita tidak mahu pegawai itu berada di satu-satu tempat terlalu lama sekali gus boleh menimbulkan pelbagai isu termasuk ketirisan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutupan Program Tautan Perdana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)-Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Sekolah Kebangsaan (SK) Telaga Ara, Gunong di sini hari ini.

Wan Ahmad Dahlan memberitahu, proses pusingan kerja tidak boleh dilakukan secara menyeluruh kerana boleh menimbulkan masalah dari segi pelaksanaannya.

“Kita tidak boleh tukar sekali gus kerana ia akan mengambil masa. Mereka perlu memberi tunjuk ajar kepada pegawai baharu. Insya-Allah kita akan lakukan secara berterusan ikut keperluan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI