fbpx

[VIDEO] Mandi sungai ketika hujan, lelaki nyaris lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang remaja lelaki yang hanyut ketika mandi manda di sungai di Kampung Bukit Kledang di Kota, petang tadi. -IHSAN BOMBA

REMBAU – Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang remaja lelaki yang hanyut ketika mandi manda di sungai di Kampung Bukit Kledang di Kota, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Pegawai Bomba Tinggi (PBT), Zaini Saleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 6.10 petang.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat seorang mangsa remaja lelaki Melayu berusia 14 tahun hanyut semasa mandi di sungai sejauh 300 meter sebelum tersekat di tengah sungai yang cetek serta berpasir.

“Mangsa mandi di sungai bersama seorang lagi rakan seusianya. Ketika kejadian hujan lebat. Rakan mangsa dapat menyelamatkan diri ketika kepala air sampai, manakala, mangsa yang tidak pandai berenang dihanyutkan arus.

“Tindakan anggota menyelamatkan mangsa menggunakan sistem tali dan seunit pelampung bouy. Mangsa berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada ahli keluarganya dalam tempoh kurang setengah jam,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ujar Zaini lagi, operasi ditamatkan kira-kira pukul 6.50 petang dan sebelum operasi tersebut pasukannya terlebih dahulu berhadapan dengan insiden pokok tumbang.

“Kami terima panggilan sekitar pukul 5.30 petang membabitkan pokok tumbang di jalan Legong Jaya-Semerbok. Kami berjaya membersihkan laluan dan operasi selesai pada pukul 6.01 petang sebelum menerima panggilan insiden remaja hanyut sembilan minit kemudian,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI