fbpx
Tangkap layar video yang tular di TikTok.

[VIDEO] ‘Ini bukan tripod, ini dron pun kalah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang memiliki tripod dengan ketinggian luar biasa mencuri perhatian ramai sehingga membuat netizen geli hati dengan tindakan itu.

Video yang dikongsikan oleh @M.Zulhilmi di Tiktok itu memaparkan pemilik tripod berkenaan memegang erat sambil merakam persembahan di sebuah majlis.

Namun, tahap ketinggian telefon yang diletakkan pada tripod itu membuatkan rata-rata netizen terhibur dengan tindakan lucu lelaki berkenaan.

“Ingatkan tadi dia bawa pengait kelapa, tengok hujung batang itu, baru nampak tripodnya,” kata @Tazri.

“Abang beli dekat mana tripod itu, saya nak beli juga,” komen @Itsmine.

“Ginilah jadi kalau nak terbangkan dron tak boleh, guna batang penyapu sawanglah ye senang,” balas @Makhdzirmansor. -KOSMO! ONLINE

@zulhilmi2896 Steady Lah Monopod Abang 😂😂 #fyp #perasmian ♬ original sound – Antonio Altiparmak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI