fbpx

Penunggang motosikal maut dilanggar SUV dipandu warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dia tunggang dilanggar oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak di Simpang Ampang Tinggi - Kuala Pilah berhampiran Taman Pilah Perdana, di sini, pagi tadi. -IHSAN POLIS

KUALA PILAH – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dia tunggang dilanggar oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak di Simpang Ampang Tinggi – Kuala Pilah berhampiran Taman Pilah Perdana, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa iaitu lelaki berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan membabitkan kenderaan jenis Perodua Ativa dipandu seorang perempuan warga emas berusia 84 tahun dan motosikal jenis Suzuki RGV ditunggang mangsa.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa motosikal dari arah Pekan Kuala Pilah menuju ke Ampang Tinggi.

“Apabila sampai di tempat kejadian, Perodua Ativa bergerak terus di laluannya dan kenderaan itu dari arah simpang kanan masuk ke laluan motosikal dan berlaku perlanggaran,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujarnya, pemandu Perodua Ativa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI