fbpx

MSN jumpa FAM bincang hala tuju NFDP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MSN akan mengadakan perjumpaan dengan pimpinan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).-FB NFDP

 

KUALA LUMPUR – Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bakal menjalani proses penilaian semula selepas menerima laporan rasmi daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Januari lalu.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin berkata, pihaknya akan mengadakan satu perjumpaan dengan pimpinan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membincangkan hala tuju NFDP.

“Pada 28 hari bulan ini, kita akan mengadakan satu perjumpaan dengan pimpinan tertinggi FAM untuk berbincang mengenai langkah seterusnya berkaitan laporan yang telah dikemukakan AFC.

“Dalam laporan AFC itu, kita akan lihat keseluruhan struktur (NFDP) dan bukan hanya melibatkan satu pihak terutama apa peranan FAM, MSN dan Kementerian Pendidikan. Kita lihat keseluruhan struktur.

“Sekiranya proses itu selesai, kami harap dapat menunggu pengumuman seterusnya oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Sebelum ini, program NFPD mencetuskan persoalan ekoran skuad Bawah 16 Tahun (B-16) negara gagal layak ke Piala Asia B-17 2025 pada aksi kelayakan yang berlangsung di Laos, tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI