fbpx

Malaysia dapat kelulusan rasmi eksport kelapa segar ke China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertukaran MoU bagi eksport buah kelapa segar dari Malaysia ke China antara kerajaan kedua-dua negara semalam.

PETALING JAYA – Malaysia secara rasmi mendapat kelulusan untuk mengeksport buah kelapa segar ke pasaran China selepas pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan China kelmarin.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, MoU itu dalam Protokol Keperluan Fitosanitari antara Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China (GACC) dan KPKM bagi Eksport Buah Kelapa Segar dari Malaysia ke China.

“Ini merupakan hasil usaha gigih dan rundingan berterusan antara kedua-dua negara demi memperkukuh hubungan perdagangan yang telah lama terjalin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Mohamad berkata, Pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Kelapa Segar dari Malaysia ke China penting bagi memastikan kebolehpasaran dan daya saing kelapa segar Malaysia di pasaran China.

Menurut beliau, ia mengukuhkan industri kelapa tempatan dengan menggalakkan amalan pertanian yang baik dan sistematik dalam kalangan pengusaha kelapa tempatan.

“Selain membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh keterjaminan makanan serta meningkatkan hasil eksport pertanian negara.

“Kerajaan akan terus memastikan hasil pertanian tempatan mendapat tempat di pasaran antarabangsa, sekaligus menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada rakyat dan mengukuhkan ekonomi negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI