fbpx

HFMD meningkat 156.2 peratus di Pulau Pinang, empat kluster baharu dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Pulau Pinang merekodkan peningkatan mendadak kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan 579 kes baharu dilaporkan pada minggu epidemiologi ke-15 (6 hingga 12 April), berbanding 226 kes pada minggu sebelumnya.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 156.2 peratus susulan sambutan cuti perayaan Aidilfitri yang lalu.

”Dalam tempoh sama, sebanyak empat kluster baharu turut dikesan. Walau bagaimanapun, semua kes adalah ringan dan hanya memerlukan rawatan pesakit luar,” katanya di sini hari ini.

Menurut Daniel, tiada pesakit yang mengalami komplikasi serius atau memerlukan rawatan intensif setakat ini.

”Setakat 12 April lalu, sebanyak 4,585 kes kumulatif HFMD direkodkan di Pulau Pinang, meningkat drastik berbanding hanya 879 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

”Seberang Perai Tengah mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 1,362 kes, diikuti Seberang Perai Selatan (884), Timur Laut (852), Barat Daya (845) dan Seberang Perai Utara (642),” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI