fbpx

Hampir 9,000 pemacu USB, kad SD mikro berjenama tiruan bernilai RM255,014 disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDN Perak memeriksa media storan mudah alih berjenama tiruan yang ditemui di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Pengkalan di Ipoh kelmarin. - Foto IHSAN KPDN

IPOH – Sebanyak 8,920 media storan mudah alih berjenama tiruan bernilai kira-kira RM255,014 dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak dari sebuah premis di Kawasaki Perindustrian Pengkalan di sini kelmarin.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan dilakukan hasil aduan dan maklumat oleh wakil pemilik cap dagang yang mengadu terdapatnya penjualan media storan mudah alih
berjenama terkenal disyaki tiruan di premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menemui sebanyak 1,401 unit pemacu kilat USB dan 7,519 unit kad SD mikro yang kesemuanya disyaki menggunakan cap dagangan berjenama yang dipakaikan dengan salah pada barangan tersebut.

“Wakil syarikat cap dagang telah melakukan pengesahan awal ke atas barangan terbabit dan disyaki premis telah melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesalahan itu adalah mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah di bawah Seksyen 100 akta berkenaan.

Katanya, kesalahan dilakukan premis berkenaan adalah disyaki di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019.

“Seorang lelaki warga tempatan berumur 25 tahun yang merupakan pengurus perniagaan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kesemua barangan dan dokumen telah disita dan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM255,014. Kes akan disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI