fbpx

DBKL roboh dua gerai ‘haram’ di Bandar Tun Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi meroboh gerai telah dilakukan pihak berkuasa di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak, Rabu lalu.

KUALA LUMPUR – Dua gerai di Jalan Sekilau, Taman Tenaga, Bandar Tun Razak, dekat sini dikenakan tindakan ekoran beroperasi tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Tindakan meroboh kedua-dua gerai itu telah dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Rabu lalu.

Menerusi kenyataan di laman Facebook, tindakan meroboh itu diambil hasil operasi bersepadu pelbagai agensi penguat kuasa di kawasan tersebut.

Ia termasuklah Polis Diraja Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor Sdn. Bhd.

“Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak dua buah gerai telah dikenakan tindakan roboh di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa,” kata DBKL.

Menurutnya, sebarang aduan orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut https://adukl.dbkl.gov.my/.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI