fbpx
SEBAHAGIAN daripada penerima Biasiswa Siswi Safi yang terdiri daripada mahasiswi-mahasiswi IPTA negara.

K2

Biasiswa Siswi Safi perkasa wanita muda negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENDIDIKAN merupakan kunci utama bagi memperkasa setiap individu termasuk wanita untuk mengubah nasib hidup mereka. 

Banyak pihak tampil dengan pelbagai inisiatif memajukan golongan wanita di negara ini termasuklah jenama-jenama barangan sinonim wanita. 

Sebagai jenama menitik berat keberdayaan wanita, Safi menyokong wanita Malaysia dalam memacu masa depan mereka menerusi Program Biasiswa Siswi Safi.

Pakar Jenama dan Tinjauan Maklumat Safi, Kazlina Mohd. Kassim berkata, edisi pertama program ini memberikan biasiswa kepada enam orang siswi dari 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Program Biasiswa Siswi Safi ini adalah kesinambungan misi dan visi jenama kami sebagai jenama produk penjagaan diri halal No.1 tempatan yang telah berada di pasaran selama lebih tiga dekad.

“Kami ingin terus menjadi rakan setia kepada setiap wanita, bukan hanya dengan memberi keyakinan diri melalui rangkaian produk, bahkan juga dengan membantu mereka memacu potensi diri ke arah yang lebih tinggi,” katanya.

Mula diperkenal dan dilancarkan pada April tahun lalu, Kazlina berkata, program ini telah menerima lebih 900 penyertaan secara dalam talian melalui laman web Biasiswa Siswi Safi.

“Setiap penyertaan yang lengkap diminta menghantar video pengenalan diri, sebelum 40 siswi yang menepati ciri-ciri dan aspirasi jenama Safi disenarai pendek untuk menyertai bootcamp yang ditetapkan.

SETIAP peserta yang dipilih dikehendaki menyertai bootcamp untuk penganjur membuat penilaian dari pelbagai segi antaranya komunikasi.

“Dalam bootcamp ini, mereka dinilai dari segi kemahiran komunikasi, kreativiti dan kerjasama dalam satu cabaran penyediaan proposal. Enam siswi yang menunjukkan dedikasi luar biasa telah dipilih sebagai penerima biasiswa. 

“Program jelajah kampus juga dianjurkan untuk mempromosikan inisiatif ini kepada lebih ramai pelajar,” ujarnya.

Tambahnya, visi syarikat adalah untuk memperkasa wanita muda Malaysia yang kurang berkemampuan dengan menyokong keperluan pendidikan mereka di peringkat universiti. 

Menerusi program ini lagi, Safi ingin memastikan golongan tersebut mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mencapai kejayaan akademik dan profesional.

“Program Biasiswa Siswi Safi ini adalah bukti dedikasi kami untuk membantu membangunkan komuniti dan menyokong masa depan generasi muda,” katanya.

PROGRAM anjuran jenama terkenal tanah air tersebut berjaya menarik ramai mahasiswi IPTA untuk menyertainya.

Mereka yang terpilih menerima Biasiswa Siswi Safi ialah Aishah Umairah Ariffin dari Universiti Putra Malaysia; Alia Lai Mohd. Fikri Lai dan Nurfadhilah Ab Hamid dari Universiti Pendidikan Sultan Idris; Puteri Nurdiayanatul Akmal A. Rahman dari Universiti Teknologi Malaysia; Nurul Fatihah Suhaimi dari Universiti Malaya dan Nor Alya Farisah Nor Azman dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kriteria pemilihan termasuk mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 3.0 dan aktif dalam aktiviti menepati misi dan visi jenama Safi dalam memperkasa wanita memacu masa hadapan.

Salah seorang penerima, Aishah Umairah menyifatkan biasiswa diterimanya sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan ditanggung keluarganya.

“Biasiswa ini akan memotivasikan saya untuk kekal fokus kepada pelajaran serta menimba ilmu dengan lebih bersemangat,” katanya.

Harapannya agar inisiatif  Biasiswa Siswi Safi ini akan menjadi sumber inspirasi berterusan kepada para wanita muda untuk membentuk masa depan mereka menjadi graduan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Menerusi Biasiswa Siswi Safi, yuran pengajian siswi-siswi berkenaan ditanggung Safi sehingga tamat pengajian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN