fbpx

Anak polis mengamuk tembak pelajar, 2 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis berada di lokasi kejadian tembakan rambang di FSU semalam. – AFP

MIAMI, Florida – Satu insiden tembakan massa yang didakwa dilakukan oleh anak lelaki timbalan syerif tempatan menggunakan senjata lama ibunya, menyebabkan dua orang maut , kata polis semalam.

Lima orang dimasukkan ke hospital selepas  lelaki bersenjata dikenali sebagai Phoenix Ikner   mengamuk di Universiti Negeri Florida (FSU). Suspek menembak ke arah pelajar sebelum dia cedera ditembak penguatkuasa undang-undang.

Kampus universiti itu dikepung dengan pelajar-pelajar diarah mencari tempat berlindung ketika anggota-anggota keselamatan tiba di lokasi kejadian. Serangan berlaku sejurus selepas  waktu makan tengah hari.

Syerif County Leon, Walt McNeil berkata, Ikner, 20, ialah pelajar universiti itu dan anak kepada seorang timbalannya.

“Malangnya, suspek mempunyai akses kepada senjata lama milik ibunya. Ia  adalah salah satu senjata yang ditemui di tempat kejadian,” kata McNeil.

Dia menambah, suspek menyertai program latihan Pejabat Syerif.

“(Justeru), kami tidak terkejut mendapati dia mempunyai akses kepada senjata api,” katanya.

Ikner dibawa ke hospital selepas ditembak. Keadaannya tidak diketahui.

Rakaman saksi disiarkan saluran berita CNN menunjukkan seorang pemuda berjalan kaki dan melepas tembakan rambang ke arah orang ramai yang melarikan diri.

Situasi bertukar huru-hara apabila bertempiaran  menyelamatkan diri ketika tembakan dilepaskan  berhampiran bangunan kesatuan pelajar.

“Semua orang baru sahaja keluar dari kesatuan pelajar,” seorang saksi bernama Wayne memberitahu stesen berita tempatan WCTV.

“Kira-kira seminit kemudian, kami mendengar bunyi  lapan hingga 10 das tembakan,” katanya.

Dua orang yang terbunuh  dalam serangan itu bukan pelajar, kata polis, tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

Universiti  awam dengan lebih 40,000 pelajar itu membatalkan semua kelas dan meminta pelajar yang tidak tinggal di kampus supaya meninggalkan tempat tersebut.

Presiden FSU,  Richard McCullough berkata, pihak  universiti berusaha untuk membantu mangsa yang terjejas.

“Ini adalah hari yang tragis untuk FSU,” katanya.

Sementara itu, Presiden Donald Trump menyifatkan serangan itu sebagai ‘memalukan dan mengerikan’ tetapi menegaskan bahawa rakyat Amerika perlu mengekalkan kebebasan memiliki senjata api. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI