fbpx

Warga emas hilang di Jeram Besu, kereta ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USAHA mencari dan menyelamat warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan Pusat Rekreasi Jeram Besu masih giat dijalankan.

RAUB – Seorang warga emas dilaporkan hilang di kawasan Pusat Rekreasi Jeram Besu sejak Selasa lalu dan sehingga kini belum ditemui.

Mangsa, Mat Salleh Junoh, 63, yang beralamat di Perumahan Tat Sega di sini disedari hilang oleh ahli keluarganya selepas tidak pulang ke rumah selepas keluar kira-kira pukul 7.20 pagi Selasa lalu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, kehilangan warga emas itu hanya dimaklumkan kepada pihak berkuasa pada pagi ini kira-kira pukul 8.04 pagi.

Katanya, anak mangsa yang bimbang dengan kehilangan bapanya telah keluar mencari dan menjumpai kereta jenis Toyota Avanza berwarna perak milik mangsa di kawasan parkir pusat rekreasi tersebut.

“Semasa keluar daripada rumah, mangsa tidak membawa apa-apa dokumen pengenalan diri. Setelah seharian mangsa tidak pulang ke rumah anaknya telah keluar mencari dan menjumpai kenderaan milik mangsa berada di tempat parkir berkenaan.

“Anak mangsa menghampiri kereta tersebut dan mendapati mangsa tiada dalam kereta sebelum bertindak terus mencari mangsa di sekeliling kawasan Pusat Rekreasi Jeram Besu tetapi tidak menjumpai jejak mangsa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, usaha pencarian telah dilakukan di sekitar lokasi namun masih belum menemui sebarang petunjuk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI