fbpx

Villa wajib layak UCL musim depan – Emery

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Villa terpaksa akur tersingkir di suku akhir meskipun menang 3-2 ke atas PSG di suku akhir kedua awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery langsung tidak kecewa terhadap kegagalan layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan kini mencabar anak-anak buahnya untuk sekali lagi mendapatkan slot ke pertandingan itu musim depan.

Pada aksi suku akhir kedua di Villa Park awal pagi semalam, Villa menyerlahkan potensi luar biasa apabila menang 3-2 ke atas Paris Saint-Germain (PSG).

Bagaimanapun, juara Perancis itu mengesahkan kemaraan ke separuh akhir hasil kejayaan 5-4 secara agregat selepas menang 3-1 sewaktu aksi pertama di Parc des Princes minggu lalu.

“Setiap pemain mencuba untuk jadi protagonis dan ia berjaya dilakukan dengan baik. Paling penting sekarang adalah cuba untuk mendapatkan slot ke Eropah sekali lagi terutamanya di saingan UCL.

“Cabaran sekarang pastinya tertumpu kepada enam aksi terakhir (Liga Perdana Inggeris) dan kami akan mencuba untuk mendapatkan slot berkenaan,” katanya.

Terdahulu, PSG mendahului 2-0 hasil jaringan Achraf Hakimi dan Nuno Mendes sebelum Villa bangkit memperoleh tiga jaringan daripada Youri Tielemans, John McGinns serta Ezri Konsa.

“Saya sangat bangga dengan segala-galanya kerana apabila layak ke peringkat ini sudah pasti saya mahu pacu pasukan raih kemenangan. Kali ini kami tampil lebih baik dan hampir mendapatkan keputusan yang dimahukan.

“Saya mahu terus cuba bekerja untuk proses seterusnya bersama Aston Villa. Penyokong cukup hebat dan mereka memberikan tenaga buat kami,” tambah Emery. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI