fbpx

[VIDEO] ‘P. Ramlee’ hadir sambutan raya Risda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang pemuda menyanyikan lagu 'Suara Takbir' seakan-akan suara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

‘PETALING JAYA – Suasana rumah terbuka Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di Ibu Pejabatnya di sini hari ini, bertukar gamat apabila seorang pemuda tampil menyanyikan lagu raya dengan suara persis seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Perkara itu dikongsikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi satu hantaran di platform X miliknya, hari ini.

Beliau memuat naik video yang memaparkan pemuda tersebut menyanyikan lagu ‘Suara Takbir’ dengan irama dan lenggok suara yang dikatakan hampir sama seperti penyanyi asal lagu berkenaan.

“Dengarkan, bukan Tan Sri P. Ramlee, tetapi suaranya macam sama,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Persembahan unik itu nyata menarik perhatian hadirin yang hadir ke majlis rumah terbuka agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI