fbpx

[VIDEO] ‘Hebat abang ni, macam itu saja dia tundukkan gajah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan berani seorang lelaki mengarahkan seekor gajah liar yang mengganggu lalu lintas untuk masuk semula ke dalam hutan mendapat pujian ramai.

PETALING JAYA – Tindakan berani seorang lelaki mengarahkan seekor gajah liar yang mengganggu lalu lintas di Lebuh Raya Timur Barat, Gerik-Jeli untuk masuk semula ke dalam hutan mendapat pujian ramai.

Menurut perkongsian di laman Facebook @Apacerita, dia pada awalnya menyangka keadaan telah terkawal selepas melihat gajah itu berada di tepi jalan, namun, tidak lama selepas dia melepasi gajah berkenaan, ia kembali ke tengah jalan dan hampir menyerang sebuah kereta Perodua Axia.

“Spontan tindakan saya, saya terus menguatkan suara menyuruh dia masuk semula ke dalam hutan. Kalau ikutkan jarak saya dengan gajah pun tak jauh mana,” katanya dalam hantaran tersebut.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai netizen kagum dengan tindakan lelaki tersebut yang dianggap luar biasa.

“Abang ini bukan kosong. Kurang-kurang amalan selawat Nabi Sulaiman dah khatam,” kata @Syahrilfitriyahya.

“Aku pelik macam mana gajah boleh dengar suara abang ini. Rupanya dah ‘install’ (pasang) siap-siap pembesar suara di motosikal,” kata @Hazriqhusrin.

“Rasanya dia ini bercakap dengan makhluk ciptaan Tuhan bukan kosong. Mungkin dia amalkan pelembut hati pendengar kata agaknya. Kalau kita yang buat macam itu, tak cukup tanah kita lari,” kata @Normahsawi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI