fbpx

[VIDEO] Bella berbaju kurung hadir beri sokongan kepada Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella Astillah tiba di Istana Kehakiman, pagi ini.

PUTRAJAYA – Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah hari ini sekali lagi mencuri tumpuan apabila hadir memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Mahkamah Rayuan, di sini.

Bella, 31, dilihat tiba di pekarangan Istana Kehakiman sekitar pukul 8.40 pagi, mengenakan baju kurung.

Ini bukan kali pertama selebriti itu dilihat menemani Syed Saddiq dalam prosiding mahkamah sebelum ini, namun kehadirannya pada hari keputusan rayuan menunjukkan komitmen dan sokongan moral yang berterusan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan berkenaan.

Hari ini merupakan detik penentuan bagi Syed Saddiq, 32, apabila Mahkamah Rayuan dijadualkan menyampaikan keputusan terhadap rayuannya bagi mengetepikan sabitan dan hukuman atas empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Rayuan itu difailkan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas beliau selepas didapati bersalah atas pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Armada.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI