fbpx

‘Ubi muda’ JDT berbakat besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAJMUDDIN Akmal turut cemerlang apabila meledak hatrik membelasah Penang pada aksi terakhir Piala MFL, Isnin lalu. - JOHOR SOUTHERN TIGERS

TONGGAK pertahanan kebangsaan, Shahrul Saad percaya akan ada pemain daripada Johor Darul Ta’zim II (JDT II) diberikan peluang untuk bermain bersama skuad senior kelab itu pada masa akan datang.

Pandangannya itu tidak hanya bersandarkan kepada kejayaan JDT II bergelar juara Piala MFL edisi terakhir musim ini, sebaliknya lebih kepada pemerhatiannya sepanjang bergelar pemain Harimau Selatan.

“Walaupun saya jarang main bersama mereka tetapi kami selalu berlatih bersama. Ramai pemain yang saya kenal dan semenangnya memiliki kualiti yang agak bagus.

“Sudah pasti mereka (pemain yang menyerlah bersama JDT II) akan diserapkan menyertai skuad utama sebab mereka ada kualiti. Bukan kali ini saja tetapi sudah berapa tahun mereka beraksi dengan baik.

“Ada juga yang pernah bermain dengan pasukan utama dan saya harap lebih ramai lagi pemain muda dapat menyertai skuad senior,” katanya selepas turun membantu JDT II dalam aksi terakhir Piala MFL menentang Penang FC pada Isnin lalu.

JDT II ditabalkan sebagai juara Piala MFL selepas membelasah Penang 7-0 dalam aksi terakhir yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, sekali gus mengecewakan Selangor FC di tangga kedua dengan kelebihan satu mata.

Pengendali JDT II, Gonzalo Sanz Zaballos sebelum ini turut memuji impak dua ‘ubi muda’, Gabriel Nistelrooy yang muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan 24 gol.

Selepas skuad senior berjaya menjulang trofi Liga Super dan Piala FA serta kejayaan JDT II bergelar juara Piala MFL, tahun ini menjadi musim gemilang buat Harimau Selatan apabila meraih pelbagai lagi kejayaan.

Antaranya menerusi JDT III yang menjuarai Piala Presiden diiuti JDT IV (Piala Belia), JDT B-17 (Piala KPM) selain turut mendominasi Liga Premier Futsal (MPFL).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI