fbpx

Tujuh laluan di Lembah Klang ditutup bermula pukul 8.50 pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyambut ketibaan Jinping di Kompleks Bunga Raya, KLIA, kelmarin. Foto PEJABAT PERDANA MENTERI

PETALING JAYA – Tujuh laluan sekitar Putrajaya dan Selangor akan ditutup bermula pukul 8.50 pagi ini bagi memudahkan pergerakan Presiden China, Xi Jinping sempena lawatan ke Malaysia.

Antara laluan yang akan ditutup di sekitar Putrajaya pagi ini adalah Jalan P5, Lebuh Gemilang, Persiaran Selatan dan Lingkaran Putrajaya.

Turut akan ditutup melibatkan laluan di Lebuh Raya Putrajaya-Dengkil dan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Sebelum ini, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik memaklumkan, penutupan jalan secara penuh dan lencongan akan dilakukan selama 30 hingga 45 minit bagi memberi laluan kepada pergerakan delegasi negara tersebut.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan pihak polis yang bertugas.

Terdahulu, Kosmo melaporkan, Jinping selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.30 petang bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula kelmarin.

Ketibaan beliau dan delegasi dari China dengan menaiki pesawat Air China jenis Boeing 747 disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Turut menyambut kehadiran beliau bersama delegasi negara itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI