JAKARTA – Pemilik sebuah restoran di Kepahiang, wilayah Bengkulu terkejut apabila melihat pencuri tersepit di celah bumbung premis tersebut ketika dia mahu membuka kedai, lapor laman berita Detik semalam.
Menurut pemilik kedai bernama Ikhsan, dia melihat lelaki tersebut tersepit dengan keadaan kepala dan tangannya tergantung.
Katanya, pelaku dalam keadaan tidak bermaya, malah terdapat darah mengalir dari hidungnya.
Ikhsan percaya bahawa lelaki tersebut berada dalam keadaan itu sejak tengah malam ketika cuba memecah masuk kedainya.
“Ketika mahu membuka kedai, saya melihat pelaku dalam keadaan tergantung dan meminta tolong.
“Dia cuba memecah masuk ke dalam kedai melalui bumbung,” kata Ikhsan.
Melihatkan keadaan lelaki itu, Ikhsan membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – AGENSI