fbpx

Saya tidak ragu-ragu dengan kepimpinan Sultan Ibrahim, Anwar – Jinping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jinping ketika berucap pada majlis makan malam di Seri Perdana, Putrajaya malam tadi.

PETALING JAYA – Presiden China, Xi Jinping yakin Malaysia mampu mencapai kejayaan lebih gemilang di bawah kepimpinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keyakinan itu dizahirkan Jinping semasa berucap pada majlis makan malam yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana, Putrajaya malam tadi.

Malah katanya, Malaysia telah berkembang pesat dan mencapai banyak kemajuan besar dalam pemodenan selepas kali terakhir beliau ke Malaysia kira-kira 12 tahun lalu.

“Semasa lawatan saya pada 2013, saya amat terpesona dengan keindahan alam semula jadi Malaysia, kepelbagaian budaya dan kebaikan hati rakyatnya.

“Saya tidak ragu-ragu di bawah kepimpinan Sultan Ibrahim dan Anwar, Malaysia akan menjadi lebih berdaya maju dan mencapai kejayaan yang lebih besar dalam membangunkan Malaysia Madani,” katanya.

Dalam ucapan sama, Jinping turut menekankan bahawa kedua-dua negara telah mencapai kemajuan dalam tempoh 50 tahun hubungan diplomatik dan menyifatkannya sebagai ‘hubungan yang dibina kukuh seperti batu dan akan terus menjadi lebih teguh’.

“Dari segi politik, kami saling menghormati dan mempercayai antara satu sama lain. Dari segi ekonomi, kami menikmati kerjasama yang saling menguntungkan.

“Dari segi budaya, kami saling belajar dan memperkaya antara satu sama lain. Hubungan ini memberi manfaat nyata kepada rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI