fbpx

Ribut petir landa 8 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir melibatkan lapan negeri yang dijangka berlarutan hingga pukul 9 malam ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, MetMalaysia berkata, antara negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

“Di Kedah melibatkan kawasan sekitar Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Bagi Perak pula melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar,” katanya.

MetMalaysia menambah, hujan lebat dan ribut petir juga akan berlaku di seluruh negeri Perlis.

Ujarnya, cuaca sama dijangka berlaku di Kelantan melibatkan kawasan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang serta Terengganu di daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Cuaca buruk itu turut dijangka melanda Pahang di kawasan Jerantut dan Kuantan, manakala, Sarawak melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Di Sabah pula, ia melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Tongod),” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI