fbpx

Penganjur Songkran ada lesen hiburan tapi tak ikut syarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penari berpakaian separuh bogel ketika pesta Songkran di Batu Ferringi pada hujung minggu lalu.

GEORGE TOWN – Penganjuran pesta Songkran di pantai Batu Feringghi pada hujung minggu lalu didapati tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Exco Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, penganjuran pesta Songkran di Batu Feringghi baru-baru ini adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

”Penganjur mempunyai lesen hiburan, namun penganjuran tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

”Pihak MBPP akan mengambil tindakan, termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan wanita menari dalam keadaan separuh bogel di atas pentas sempena pesta Songkran di Batu Feringghi.

Menerusi video yang dimuat naik di platform Facebook, sekumpulan wanita dilihat menari dengan pakaian menjolok mata di atas pentas utama sambil diperhatikan ratusan pengunjung yang hadir ke acara tersebut.

Menurut Mohamad, pandangan beliau adalah selari dengan pandangan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman yang menegaskan bahawa umat Islam dilarang untuk mengambil bahagian dalam festival Songkran, samada secara langsung atau tidak langsung. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI