fbpx

MOM perlu bebas pengaruh politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEREBUTAN jawatan timbalan presiden bakal menjadi tumpuan pada pemilihan MOM Sabtu ini.

KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) perlu diterajui individu-individu yang bebas daripada pengaruh politik menjelang pemilihan badan induk itu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang akan berlangsung Sabtu ini.

Kenyataan itu hadir menerusi Setiausaha Kehormat Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA), Mohd. Afendy Abdullah yang berhasrat untuk melihat lebih ramai individu sukan berada dalam barisan kepimpinan MOM.

Beliau berkata, sekiranya melantik individu tiada pengalaman sukan, ia mungkin memberi kesan terhadap pengurusan badan induk itu untuk tempoh jangka panjang kerana perlu menyesuaikan diri.

“Pada pandangan peribadi, MOM perlu diterajui oleh orang yang memiliki banyak ilmu serta pengetahuan sukan. Kalau tukar orang baharu (luar sukan), mungkin perlukan masa dua hingga tiga tahun untuk belajar.

“Kita juga tidak suka kalau ada pengaruh politik dalam MOM. Bagi saya, memang kita tidak perlukan pengaruh politik untuk terlibat dengan sukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Setakat ini, Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengekalkan jawatan disandang bagi penggal 2025-2029 apabila menang tanpa bertanding selepas tidak dicabar untuk kerusi tersebut.

Tumpuan pada pemilihan kali ini adalah perebutan kerusi timbalan presiden antara Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad dan Presiden Persatuan Boling Padang Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz.

Menurut Affendy, beliau menganggap kedua-dua calon untuk jawatan itu memiliki kekuatan tersendiri selain menerima dengan hati terbuka apa sahaja keputusan pada pemilihan nanti.

“Nur Azmi memang sudah berada di situ (MOM) dengan pencabar beliau pun bagus jika dilihat prestasi boling padang. Sesiapa sahaja yang menang nanti, saya tidak kisah, asalkan boleh bekerja untuk sukan negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI