fbpx

Keluarkan RM10,000 untuk tujuan peribadi, bekas Pengerusi MPKK direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANTAN Pengerusi MPKK salah satu daerah di Negeri Sembilan direman bagi membantu siasatan selepas disyaki menyalah guna kuasa. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seorang mantan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kuasa dengan mengeluarkan wang akaun milik MPKK bagi tujuan peribadi.

Perintah reman bermula hari ini hingga 24 April depan itu dikeluarkan Majistret Fairuz Syuhada Amran terhadap lelaki berusia 60-an selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Sivil, di sini.

Menurut sumber, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2023 dengan mengeluarkan kira-kira RM10,000 daripada akaun bank milik MPKK bagi tujuan peribadi.

“Wang dalam akaun tersebut merupakan dana geran daripada kerajaan negeri yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan projek atau program di kampung tersebut di samping menggerakkan penglibatan komuniti setempat,” katanya.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI