fbpx

Kemaruk ‘followers’ alasan peminat ugut bom kereta Salman Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekali lagi diugut bunuh, Salman memperketatkan kawalan dengan menambah pengawal pengiring.

SEKALI lagi diugut bunuh, pelakon Bollywood Salman Khan memperketatkan kawalan dengan menambah pengawal pengiring selain mempertingkatkan sistem keselamatan berteknologi tinggi dan tingkap kalis peluru di kediamannya.

Ancaman terbaharu itu disahkan dihantar seorang pesakit mental berusia 26 tahun menerusi kiriman mesej WhatApp kepada nombor rasmi Polis Trafik Mumbai yang memberi amaran mahu membunuhnya di rumahnya serta mengebom kenderaan dinaiki.

Lebih mengejutkan, lelaki dari Gujarat itu mengaku berbuat demikian bagi menaikkan pengikut Instagramnya selepas terinspirasi dengan ancaman kongsi gelap terhadap aktor terbabit.

Timbalan Komisioner, Dattatray Kamble mengesahkan kesahihan khabar angin tersebut dengan memaklumkan mesej ugutan dikesan dalam telefon penjual air buah-buahan itu.

“Suspek bernama Mayank Pandya sudah soal siasat dan bukti berupa mesej ancaman terhadap Salman Khan menerusi nombor Polis Trafik Mumbai dikesan dihantar dari telefonnya.

“Keluarganya memaklumkan lelaki berkenaan mempunyai masalah mental dan mendapatkan rawatan sejak tahun 2014 sehingga sekarang.

“Dari soal siasat, dia mengirimkan ancaman itu untuk menaikkan jumlah ‘follower’ Instagram selepas mendapat inspirasi daripada kes Salman dengan Lawrence Bishnoi. Apa pun siasatan masih diteruskan,” katanya kepada media.

Difahamkan lelaki terbabit mencari nombor telefon jabatan kerajaan yang disasarkan untuk menghantar mesej bagi mencetuskan panik menerusi aplikasi Google.

Namun pegawai penyiasat hanya pergi ke kediaman lelaki berkenaan di sebuah kampung di Waghodia di Vadodara untuk memintanya ke balai polis bagi soal jawab lanjut.

Aktor berusia 69 tahun itu sebelum ini telah beberapa kali menerima ugutan bunuh daripada kongsi gelap sama selepas disabitkan bersalah dalam kes menembak antelop hitam pada tahun 1998.

Pada 14 April tahun lalu, dua lelaki bermotosikal melepaskan empat das tembakan ke arah kediamannya di Galaxy Apartment sebelum melarikan diri.

Dalam insiden tersebut, ketua gengster yang masih ditahan di sebuah penjara itu mengaku bertanggungjawab dengan berkongsi hantaran di Facebook menerusi konconya.

Lawrence Bishnoi dikatakan membalas denda. terhadap Salman yang melakukan pemburuan haram dan membunuh haiwan suci bagi komuniti Bishnoi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI