fbpx

Jinping selamat berlepas ke Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) ketika menyambut Jinping di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kelmarin.

PETALING JAYA – Presiden China, Xi Jinping hari ini berlepas ke Kemboja selepas menamatkan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia sejak Selasa lalu.

Pesawat Air China yang membawa Jinping bersama delegasinya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.04 pagi.

Sebelum pesawat itu berlepas, Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Kehormat) mengadakan kawalan kehormatan untuk Jinping di Kompleks Bunga Raya.

Turut mengiringi kepulangan deligasi dari China itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Terdahulu, Kosmo melaporkan, Jinping selamat mendarat di KLIA pada pukul 6.30 petang bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI