fbpx

Inter tak ‘goyang’ jumpa Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pavard berjaya menjaringkan satu gol buat Inter pada aksi suku akhir kedua awal pagi tadi. - Foto AFP

MILAN – Penjaring gol kedua Inter Milan, Benjamin Pavard memberi amaran kepada pencabar lain bahawa pasukannya kini tidak lagi mampu disekat selepas menyingkirkan Bayern Munich di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Pendahulu Serie A itu mencatat keputusan seri 2-2 pada suku akhir kedua di San Siro awal pagi tadi sekali gus menewaskan gergasi Jerman berkenaan dengan keputusan 4-3 secara agregat.

Pavard menjelaskan bahawa Inter mampu untuk melangkah lebih jauh dan kini langsung tidak gentar untuk berdepan Barcelona di peringkat separuh akhir pada 30 April nanti.

“Kami tidak pernah meletakkan sebarang had sejauh mana kami mampu melangkah. Kami memiliki skuad berkualiti di mana kami dibarisi pemain dan barisan kejurulatihan yang bagus.

“Kami tidak letakkan sebarang had. Apa yang kami mahu adalah meneruskan kemaraan dan mahu memenangi perlawanan,” katanya.

Selain Pavard, satu lagi gol Inter diperoleh menerusi Lautaro Martinez, manakala dua jaringan Bayern dihasilkan oleh Harry Kane dan Eric Dier.

Sementara itu, penyerang veteran Bayern, Thomas Muller yang menjadi sandaran utama buat skuad bimbingan Vincent Kompany tersebut, menjelaskan dia dan rakan sepasukan sudah memberi segala-gala yang termampu.

“Saya dapat lihat pemain berjuang dan menunjukkan kesungguhan. Penyokong pun boleh lihat segala-galanya tetapi ini Liga Juara-Juara Eropah, bukannya tempat percutian,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI