PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana melanda Utara Laut Maluku pada pukul 8.51 pagi tadi.
Menerusi satu hantaran daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), gempa kuat tersebut berukuran 5.7 skala magnitud.
“Kejadian berlaku di 0.4 darjah Utara dan 125.0 darjah Timur dengan kedalaman 57 kilometer (km). Ia terjadi 105km Selatan dari Tomohon,Indonesia,” katanya.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. -KOSMO! ONLINE