fbpx

Dua pemuda maut, Perodua Axia bertembung bas kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan melibatkan Perodua Axia dan sebuah bas kilang di Jalan Salleh-Bukit Pasir, Muar awal pagi hari ini.

MUAR – Dua pemuda maut apabila kereta Perodua Axia yang naiki bertembung dengan sebuah bas kilang dalam nahas di Jalan Salleh – Bukit Pasir, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6 pagi itu, mangsa, Muhammad Nur Aiman Mohd Azharry, 21 dan Amar Jazli Yusof, 26, meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Menurut Ketua Balai Bomba Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 6.18 pagi.

“Setibanya Pasukan Keluar Operasi di tempat kejadian, didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas kilang jenis Hino dengan sebuah kereta jenis Perodua Axia.

“Kesemua 30 penumpang bas dan pemandunya tidak mengalami kecederaan dan telah keluar sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI