fbpx

‘Dia kanak-kanak, bukan lipas’- netizen 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan gadis itu menikam seorang penumpang dengan garpu di dalam pesawat. - TikTok

DOHA – Satu klip video tular memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menikam penumpang secara rambang dengan menggunakan garpu, lapor akhbar New York Post semalam. 

Kejadian berlaku dalam sebuah penerbangan Qatar Airlines, baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok @donnitta_renee menunjukkan budak perempuan itu  menikam seorang penumpang wanita dengan garpu ketika ibunya sedang tidur di tempat duduk mereka.

Penumpang itu segera memanggil pramugari dan membuat aduan untuk menangani isu tersebut. 

“Gadis ini menikam saya dengan garpu. Saya tidak mengenalinya,” kata wanita itu. 

Seorang penumpang lain memegang sandal dan berada dalam posisi  bersedia untuk memukul kanak-kanak itu jika dia ditikam.

Selepas membuat aduan, kru penerbangan merampas garpu yang dipegang dan mengejut ibu gadis tersebut. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 12.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Di mana ibu bapanya? Siapa yang membiarkan anak mereka mengganggu orang lain?” kata seorang netizen

“Anda memegang selipar dan bersedia untuk memukul, seperti kanak-kanak itu seekor lipas,” kata pengguna laman sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI