fbpx

Cadang pekerja ‘WFH’, pelajar PdPR semasa Sidang Kemuncak ASEAN – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad.

PETALING JAYA – Kementerian Luar bercadang supaya pekerja di Lembah Klang dibenarkan bekerja dari rumah atau ‘work from home’ semasa Sidang Kemuncak Asean pada penghujung Mei dan Oktober depan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, cadangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat Kabinet supaya tidak timbul isu kesesakan apabila penutupan jalan bagi menyambut ketibaan para kenamaan.

Jelasnya, beliau juga turut mencadangkan supaya sekolah dapat melaksanakan pembelajaran secara dalam talian (PdPR) semasa sidang itu berlangsung.

“Saya ingin mencadangkan kepada Jemaah Menteri supaya kakitangan jabatan tertentu dibenarkan bekerja dari rumah.

“Sekolah pula boleh melaksanakan pembelajaran secara dalam talian bagi mengurangkan kesesakan serta mengelakkan kesulitan kepada rakyat, terutamanya di Lembah Klang dan Kuala Lumpur,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ramai yang merungut kerana terpaksa mengharungi kesesakan akibat penutupan jalan sempena lawatan Presiden China, Xi Jinping sejak Selasa lalu.

Pada masa sama, Mohamad turut memohon maaf kepada pengguna jalan raya yang terpaksa menghadapi situasi berkenaan.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada semua yang terjejas akibat penutupan jalan sepanjang lawatan Presiden Xi Jingping,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah menutup 17 laluan di sekitar ibu negara dan Putrajaya sempena lawatan Jinping. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI