fbpx

Bila minta maaf Aslam? Cuba terangkan macam mana – Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abby (kanan) menyangkal dakwaan menantunya sudah memohon maaf secara peribadi kepadanya.

PETALING JAYA – Semakin berlarutan, pelakon Abby Abadi menyangkal kenyataan menantunya, Aslam yang mendakwa sudah membuat permohonan maaf secara peribadi sebelum ini.

Abby atau nama penuhnya Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata, dia mahu Aslam tidak hanya bercakap kosong dan menjelaskan secara terperinci mengenai permohonan maaf tersebut termasuk masa dan situasi perkara tersebut berlaku.

“Bila minta maaf itu Aslam? Sudah alang-alang muat naik dalam Threads, cuba terangkan masa dan keadaan ketika minta maaf itu? Ada apa-apa yang keluar daripada mulut saya waktu itu?

“Berapa lama dah kahwin dengan anak saya. Berapa kali sudah datang jumpa, ada pernah bersembang dengan saya tak?” katanya dalam platform Threads hari ini.

Tidak terhenti di situ, dia juga mempertikai tindakan Aslam mengaku kesalahan dalam media sosial termasuk tak membela isteri keduanya, Marissa yang kerap dikecam netizen.

“Mengaku bersalah dalam Thread tapi apa kesalahannya? Boleh tahu? Minta cerita semua dekat sinilah sebab semua orang nak tahu.

“Kemudian nak tanya, orang maki hamun anak saya, kenapa tak pernah pertahankan?” ujarnya.

Dalam masa sama, Abby turut membalas komen netizen yang mengecamnya selain menegaskan Aslam adalah individu yang bersalah dalam hal ini.

“Situasi ini, saya salahkan Aslam. Awak tahu ke apa yang saya cakap dengan anak saya? Jadi, tak perlu menyibuk nak babitkan hal lain.

“Anak saya kahwin dgn Aslam, saya hilang terus anak saya. Saya yang jaga anak itu sejak kecil.

“Saya yang tanggung makan minum dan tempat tinggal dia, kemudian bila jadi begini? Hilang begitu sahaja, jadi awak tak perlu sibuk sangat! Sekarang saya nak selesaikan dengan Aslam,” balasnya.

Hari ini, Aslam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Abby dalam media sosial selain menegaskan keputusan berpoligami adalah untuk menjaga nama baik keluarga serta maruah Marissa.

Pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa, 20, iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta Aslam perlu memohon maaf kepadanya.

Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak memberi tekanan terhadap dirinya sehingga memaksanya untuk bersuara.

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai pada Januari tahun lalu selepas bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Pasangan terbabit dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya iaitu pelakon, Norman Hakim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI