fbpx

BAM harap Pearly-Thinaah kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kanan) dan Thinaah didakwa mahu bergerak profesional selepas masih belum menandatangani kontrak baharu bersama BAM.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) seolah-olah memberi gambaran mereka masih mengharapkan beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah terus kekal bersama badan induk itu.

Pemangku Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam berkata, pasangan No. 5 dunia itu masih belum menandatangani kontrak baharu selain menjelaskan, perbincangan antara kedua-dua pihak masih berlangsung.

Beliau juga tidak meletakkan rangka masa kepada Pearly-Thinaah bagi membuat keputusan berhubung kontrak baharu kerana BAM mahu memberikan masa secukupnya kepada mereka untuk melakukan pertimbangan.

“Memang saya tahu ada beberapa laporan mengenai perkara itu dan memang betul mereka belum menandatangani kontrak (baharu). Kami sedang berbincang dan pasti ada masa untuk diselesaikan.

“Saya tidak mahu cakap mengenai jangka masa kerana kami juga beri peluang kepada pemain untuk berfikir. Kadang-kadang pemain ada penasihat, yang penting mereka masih ada bersama kami,” katanya selepas sidang media Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Spekulasi Pearly-Thinaah mahu meninggalkan BAM dan bergerak secara profesional bertiup kencang selepas kedua-dua pemain itu belum menandatangani kontrak baharu selepas kontrak sedia ada tamat pada Disember lalu.

Pada masa sama, Subramaniam turut menjelaskan, BAM sudah pun membuat pelaburan cukup besar terhadap semua pemain dengan harapan mereka terus menabur bakti buat negara menerusi aksi-aksi cemerlang dalam setiap kejohanan.

“BAM sudah membuat pelaburan ke atas pemain sejak dari remaja. Di peringkat negeri, BAM juga yang salurkan peruntukan bagi membangunkan pemain dan ia diteruskan oleh BAM sebaik mereka datang ke sini.

“Harapan kami supaya mereka terus bekerja keras dan memenangi pingat untuk negara. Kami juga menjaga pemain-pemain dengan baik dan semua orang tahu mengenainya,” ujar Subramaniam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI