fbpx

Azeem mampu jadi atlet terbaik negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (tengah) dilihat semakin hampir untuk menemui prestasi larian terbaiknya selepas ini.

OLAHRAGA Malaysia (MA) menaruh sepenuh kepercayaan pelari pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi memiliki potensi untuk menjadi salah seorang atlet terbaik dalam arena sukan negara.

Ia selepas atlet berusia 21 tahun itu hampir memecahkan rekod 200 meter (m) kebangsaan apabila melakukan catatan masa 20.79 saat (s) pada Kejohanan Olahraga Pepsi Florida Relays di Florida, Amerika Syarikat (AS) awal bulan ini.

Azeem melakukan catatan tersebut ketika menamatkan saringan keenam di tempat pertama dan hampir meleburkan rekod kebangsaan 20.77s yang dipegang Russel Taib sejak 2019.

Justeru, MA melaungkan keyakinan pemegang rekod 100m kebangsaan itu mampu mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan sekiranya terus mempamerkan aksi sedemikian.

“Teruskan Azeem. Kejayaan sedang menanti anda di garisan penamat. Doa rakyat Malaysia sentiasa bersama atlet olahraga. Azeem mencatat rekod peribadi (PB) 20.79s dalam acara 200m, hanya 0.02 saat di belakang rekod kebangsaan Russel Taib.

“Pencapaian ini sangat membanggakan selepas kejayaannya memecahkan rekod kebangsaan 60m dalam dewan. Azeem kini berada pada tahap cukup membanggakan dan menunjukkan prestasi cemerlang di bawah bimbingan Ken (Harnden),” menurut kenyataan MA.

Berdasarkan prestasi semasa dipamerkan Azeem dalam acara 200m, dia wajar diberikan pujian memandangkan aksi ditampilkan musim ini menunjukkan peningkatan ketara, sekali gus membuktikan keberkesanan latihan yang diikuti.

Sementara itu, Azeem belum berpuas hati dengan aksi ditampilkan apabila menganggap masih banyak kerja perlu dilakukan bagi menghasilkan larian yang konsisten.

Olimpian negara dari Teluk Intan, Perak itu sedang memberikan fokus selain mencari formula terbaik bagi mendapatkan catatan masa yang mampu melayakkannya ke Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun pada September depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI