fbpx

20 minit ‘seksa’ tersepit bawah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pengawal keselamatan wanita berusia 37 tahun tersepit bawah lori selama lebih 20 minit selepas kenderaan itu mengalami masalah brek di Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan wanita menanggung kesakitan selepas tersepit di bawah lori selama lebih 20 minit apabila kenderaan itu mengalami masalah brek di Jalan Taruka, Kawasan Perindustrian Tampoi di sini, semalam.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Abdul Wahab Nasir dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.18 petang.

Sehubungan itu katanya, seramai 13 anggota beserta lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebuah lori kargo tiba untuk memasuki sebuah kilang di kawasan berkenaan, namun mangsa gagal membuka pintu pagar sebelum menunggu seorang rakan untuk membantunya semula.

“Ketika menunggu, lori berkenaan dipercayai mengalami masalah brek sehingga bergerak sendiri dan melanggar mangsa menyebabkannya terpelosok bawah lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Abdul Wahab, anggota kemudian bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan kaki kiri sebelum dihantar dengan ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk rawatan lanjut,” ujarnya sambil memberitahu operasi ditamatkan pada pukul 3.43 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI