KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,015 kes kemalangan jalan raya membabitkan 11 kematian direkodkan di seluruh negara, semalam.
Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, secara keseluruhan sebanyak 4,045 kes kemalangan dicatat pada Selasa dan Rabu lalu.
“Pada Selasa, JSPT menerima 2,030 kes kemalangan membabitkan 18 kematian, manakala hari berikutnya terus menurun dengan 2,015 kes dan 11 kematian.
“Statistik kemalangan merekodkan penurunan sebanyak 15 kes, manakala jumlah kematian pula menurun sebanyak tujuh mangsa dalam tempoh dua hari,” katanya ketika memaklumkan statistik harian kemalangan sempena Aidilfitri, hari ini. – KOSMO! ONLINE