fbpx

[VIDEO] Wartawan China makan nasi kandar sambil cakap Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan wartawan dari China menikmati hidangan nasi kandar sambil berbual menggunakan bahasa Melayu.

PETALING JAYA – Beberapa pengamal media dari China yang membuat liputan lawatan negara Presiden China, Xi Jinping menarik perhatian ramai apabila mereka fasih berbahasa Melayu sambil menikmati makan tengah hari nasi kandar.

Menerusi TikTok Husna Liang iaitu wartawan dari China Media Group (CMG) yang berasal dari Yunnan, dia bersama beberapa rakannya menikmati hidangan tersebut di Putrajaya sambil berbual mengenai menu berkenaan.

“Wartawan China makan nasi kandar di Putrajaya. Semuanya bercakap bahasa dan order hidangan Malaysia. Kumpulan wartawan China yang bercakap bahasa Melayu dah sampai Putrajaya untuk wawancara dengan PM. Kena hati-hati ketika makan, jangan kotorkan suit,” katanya pada kapsyen video.

Lima lagi wartawan tersebut dikenali sebagai Fadil, Rahman, Latifah dan Satria, manakala seorang lagi ‘bos’ merujuk kepada ketua dalam kalangan kumpulan tersebut.

Nasi kandar tersebut dimakan bersama lauk antaranya ayam goreng, sotong, kambing dan telur, manakala seorang wartawan membeli makanan nasi lemak berserta ayam goreng.

Perkongsian itu mendapat pujian daripada orang ramai yang kagum dengan kesemua wartawan berasal dari China serta fasih menggunakan bahasa Melayu.

“Hebat sungguh mereka dari China boleh berbahasa kebangsaan dengan baik. Apa alasan lagi mereka yang berasal dari Malaysia, masih tidak fasih berbahasa kebangsaan,” komen seorang pengguna TikTok.

“Bagusnya sangat fasih,” kata seorang lagi individu.

“Menariknya, saya pula Melayu yang fasih bahasa Mandarin,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Sebelum ini, Husna tular di media sosial selepas kefasihannya berbahasa Melayu selain pernah menemu bual Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sewaktu lawatan beliau ke China pada 2023. – KOSMO! ONLINE

@husnaliangliang

Semuanya bercakap bahasa dan order hidangan Malaysia!😋 Kumpulan wartawan China yang bercakap Bahasa Melayu dah sampai Putrajaya untuk wawancara dengan PM! Kena hati-hati ketika makan, jangan kotorkan suit haha! #cinacakapMelayu #hidanganMalaysia #nasikandar #HusnaLiang #fyp

♬ 原创音乐 – Husna

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI