fbpx

[VIDEO] ‘Kalah air kaki Walid dik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kanak-kanak ini raih perhatian ramai apabila berkongsi air dengan kucing menggunakan cara unik dan mencuit hati.

PETALING JAYA – Aksi dua kanak-kanak yang menunjukkan sifat penyayang terhadap seekor kucing, mencuit hati ramai dengan cara unik mereka memberikan air kepada haiwan itu.

Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, kanak-kanak terbabit dilihat menyedut air daripada botol sebelum mengeluarkannya ke dalam penutup botol melalui mulut untuk diberikan kepada kucing berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen, ramai memuji sikap dua orang kanak-kanak itu yang penyayang terhadap kucing dan terhibur dengan gelagat lucu mereka berdua.

“Kalah air kaki Walid ni,” komen @Sowhatyouexpect.

“Bagus adik-adik ni, kecil-kecil dah ada sifat ihsan kepada makhluk,” komen seorang pengguna, @mr.barbarieck.

“Air tu susah dia nak tuang, jadi dia sedut dulu baru letak dalam bekas,” kata @aimantaktahu.

“Tapi sekurang-kurangnya adik-adik ni ada niat mulia nak tolong haiwan, walaupun caranya agak ekstrem di situ,” kata @ana_ackerman31.

“Dia nak air tu rasa suam, sebab kucing kan tak minum air sejuk,” komen @farhanahureen.

Ada juga yang berguru dengan mengatakan air itu sudah berkeruh dan rasa sedikit masin. – KOSMO! ONLINE

@qistinasyasyaa_ kucing pun qhisauuu nak minum🙂‍↔️ #twins #twinoftiktok #twinsisters #f #fyp #foryou #foryoupage #funny ♬ เสียงต้นฉบับ – คุณชื่ออะไร

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI