PETALING JAYA – Lawatan negara oleh Presiden China, Xi Jinping merupakan peluang kepada para pelabur dan ‘trader’ (pedagang) saham dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mencari peluang meningkatkan pendapatan mereka.
Menerusi perkongsian seorang ‘trader’ saham pada TikTok Aliff Sulaiman menyifatkan, lawatan tersebut sebagai suatu perkara yang baik biarpun terdapat sentimen ‘ketakutan’ menerusi dakwaan tidak benar oleh segelintir pihak.
“Bahagian kontroversi ramai cakap ini semua cara halus China nak kukuhkan pengaruh di Malaysia daripada projek-projek sampailah kepada data dan teknologi. Tapi kami sebagai ‘trader’ dan pelabur, jangan menghakimi politik.
“Kita cari peluang apa yang ada. Kaunter saham saya tengok carta dan pergerakan harga, kita nampak dah beberapa kaunter saham ni memang ‘volume spike’ (melonjak) ketara satu, tiga hari lepas.
“Sebagai pelabur dan ‘trader’, ini bukan masa untuk kita menghakimi (kononnya) kita bakal dikuasai China. Ini masa cari peluang, sudah tentu bila ada ‘red dragon’ datang Malaysia, sentimen kita dalam keadaan ‘takut’ (sedangkan) boleh (buat) pasaran saham,” katanya.
Aliff berkata, kedatangan Presiden China bukan lawatan ‘suka-suka’ atau percutian, tetapi ia disifatkan adalah haluan strategi ekonomi dari China untuk memintas tekanan dari Amerika Syarikat.
“Kita jangka Malaysia jadi hab penting untuk beberapa sektor. Kita tengok sejarah pernah berlaku pada 2013 apabila Jinping datang Malaysia, kita nampak ECRL, Kuantan Industrial Park dan kita nampak macam mana perdagangan antara Malaysia dan China melonjak naik begitu tinggi.
“Kali ini ia mungkin lebih besar lagi, kita dengar ada desas-desus mengatakan Forest City bakal dihidupkan semula, Kuantan Industrial Park akan dinaik taraf,” katanya.
Dia turut menyentuh perkara lain antaranya mengenai ‘block chain’ dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) berkait antara Malaysia dan China, industri pelancongan, perubatan selain hab bagi infrastruktur jalur dan laluan, saham yang mungkin menjadi benefisiari dan sebagainya. – KOSMO! ONLINE
@aliffsulaiman.trade daripada korang bising2 pasal jalan tutup sebab presiden China datang lebih baik korang start explore peluang yang ada dalam stock market guyss!! so korang rasa apa benefit kita malaysian sempena lawatan xi jinping ni? kita bincang kat comment ok. #saham #trading #bursamalaysia #xijinping ♬ original sound – AliffSulaiman