fbpx

Sin Chew Daily minta maaf isu tiada bulan di Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Permohonan maaf oleh Sin Chew Daily hari ini.

PETALING JAYA – Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily hari ini memohon maaf atas kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit di akhbarnya baru-baru ini.

Sin Chew dalam satu kenyataan berkata, ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu berlaku disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

“Kami berasa amat kesal dan kecewa dengan kekhilafan tersebut. Bagi pihak semua kakitangan Sin Chew Daily, kami menyusun sepuluh jari memohon jutaan maaf kepada semua rakyat Malaysia.

“Pindaan segera telah dilakukan kepada ilustrasi versi digital. Ilustrasi yang dipinda dan disempurnakan akan diterbitkan semula esok dalam versi cetak akhbar kami,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai ilustrasi Jalur Gemilang yang diletakkan bersebelahan bendera China tidak lengkap apabila tidak diletakkan bulan sabit.

Kesilapan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia dan menyifatkan akhbar tersebut sebagai tidak peka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI